Assalamualaikum.....
Sungguh aku mempunyai sifat cemburu... Biler tengok mesej dier dengan ramai perempuan hati ni rasa cemburu sangat... Ia dia mesej atas dasar agama tapi Allahuakbar cemburu masih ada.. Menanti dia dalam diam dalam redha dan tawakal memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.. Aku bukan macam perempuan lain yang dier mesej banyak tanya pasal agama aku bukan macam diorang. Aku pun tak tahu..
Layakkah aku bersama orang yang tinggi agamanya seperti dia? Aku hanya ingin bersuami kan seorang lelaki yang mempunyai agama untuk membimbing aku ke Syurga Allah. Tapi lelaki yang beragama seperti dia masih terima ke orang seperti aku???
Dulu dia terpikat dengan aku kerana Tudung Labuh ku.. Setelah dia mengenal aku masihkah dia ingin bersama aku? Memang wajib sebagai hamba meletakkan cinta Allah dan Rasul yang utama. Tapi salahkah aku menyimpan perasaan terhadap dia? Seandainya dia pergi bukan kerana agama mungkin aku akan boleh melupakan dia tapi sekarang ini yang berlaku adalah dia pergi kerana agama, kerana Allah dan itu membuatkan aku masih setia disisinya.
Dear awak.. saya harap awak tak pernah melupakan saya meskipun awk nak simpan saya dihati awk yang paling dalam juga tak mengapa asalkan saya tahu saya masih disitu. Meninggalkan awk tanpa sebab itu takkan pernah saya lakukan. Saya tahu awak masih menyayangi saya dan kerana itu awak pergi jauh mencari agama demi masa depan awak, keluarga awk dan isteri awk. Dan juga demi agama.
Dibiarkan sendiri tanpa dia disisi sangat sunyi kadang-kadang ingin sekali berhubung dan menelefon dia hanya saja-saja. Tapi itu semua akan melalaikan aku dan dia daripada hijrah kami terutamanya dia.
Disebabkan dia aku lalai aku berubah aku terpesong jauh dari jalan Allah. Rupanya ada hikmah disebalik semuanya. Dia datang membuatkan aku lalai dan dia pergi supaya aku dapat mendekatkan diri kembali kepada Pencipta kami.
Aku happy dia berubah ke arah yang lebih baik tapi aku takkan happy kalau dia berubah dan memilih yang lain
No comments:
Post a Comment