Assalamualaikum
Hadirnya dia tanpa aku sedar
Namanya tidak pernah terlintas langsung dalam hati dan fikiran aku
Walau sebumbung aku tidak pernah mengenali dia
Disaat itu aku tidak ingin CINTA atau COUPLE
Tapi dia hadir pelan-pelan dalam kehidupan aku
Sehingga telah menjadi sebahagian kehidupan aku
Hidup aku..takdir hidup aku
Mungkin disaat itu Allah sedang menguji aku
Sekuat setabah mana aku mempertahankan prinsip CINTA SETELAH BERNIKAH AKU
Aku redha aku tewas oleh cinta dan kasih sayang dari dia
Bersama dia aku rasa kasih sayang
Bersama dia impian dan mimpi aku tercapai
Walau sentiasa bergaduh,menangis dan sakit hati
Aku tetap ingin bersamanya hingga ke Syurga
Kerana kehadiran dia begitu bermakna dalam hidup aku
Andai perpisahan yang dia pinta aku turutkan
Kerana aku tahu Cinta Tidak Boleh Dipaksa
Andai perpisahan sementara yang dia pinta
Akan aku tetap setia menantinya.
Kenangan bersama dia ada indah dan perit
Kenangan bersama dia ada indah dan perit
Kami leka dengan cinta kami
Leka dengan dunia dan nafsu kami
Perubahan yang dia inginkan tidak pernah aku halang
Tapi sayang dan cinta aku tetap pada dia
Seikat janji yang dia katakan untuk menikahi aku
Akan aku nantikan dia untuk mengotakan
Kerana aku ingin mempunyai masa depan bersamanya.
JIKA DIA YANG TERBAIK UTK AKU
SEMOGA AKU BERJODOH DGN DIA
IN SYA ALLAH..AAMIIN..
No comments:
Post a Comment