Asalamualaikum..
Perkongsian Dari Saya.. Copy Paste
9 ciri-ciri wanita solehah yang perlu dihayati ...
Di manakah kecantikan wanita solehah sebenarnya?
Bismilahirrahmanirrahim , hari ini ana hendak berkongski 9 ciri-ciri
wanita solehah yang perlu dihayati . Haa , bukan dihayati pada luaran
saja namun memerlukan satu kekuatan untuk benteng agar biarlahnya ia
hakiki dalaman . Semoga tinta ini memberi satu keperluan kepada kaum
hawa. Malah tak dilupakan kaum adam
dibenarkan juga untuk membaca kerana merekalah imam-imam yang akan
mendidik anak-anak dan terutamanya menjadi suami yang alim dan soleh.
InshaAllah. Marilah kita renungkan dengan MATA HATI , bersama kita scan.
Terdapat sembilan
keistimewaan wanita solehah yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita yang
lain. Dengan menghayati sembilan perkara wanita solehah akan memiliki
kecantikan yang sebenar.
Pertama : Menundukkan pandangan
(ghadhdul bashar) kepada yang bukan mahramnya, nescaya hati dan jiwa
akan semakin bening dan jernih.
Allah S.W.T. berfirman maksudnya :
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka
menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah
mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”
(Surah an-Nur ayat 30-31)
Kedua : Sentiasa bersikap jujur, nescaya akan menjadi semakin manis.
Daripada Abdullah bin Masud r.a. katanya sabda Nabi S.A.W. maksudnya :
“Sesungguhnya kejujuran mengantarkan kepada kebaikan, dan kebaikan
mengantarkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur
hingga ia disebut siddiq (orang yang senantiasa jujur). Sedang dusta
mengantarkan kepada perilaku menyimpang (zalim) dari perilaku menyimpang
mengantarkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta
hingga ia disebut pendusta besar.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan
Tirmizi).
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, yang maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan
bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar (jujur)” (Surah At-Taubah
ayat 119).
Dalam ayat lain, Allah S.W.T. berfirman, yang maksudnya:
“Jikalau mereka jujur kepada Allah, nescaya yang demikian itu lebih
baik bagi mereka” (Surah Muhammad ayat 21)
Ketiga : Rasa malu yang lahir daripada Iman.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman
mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah
satu cabang dari cabang iman.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sifat malu adalah sifat yang terpuji. Dengan memiliki sifat ini
seseorang wanita solehah akan terlepas daripada segala kejahatan kerana
adanya sifat ini akan terhindarlah segala keburukan. Dengan sifat malu
juga akan meningkatkan darjat keimanannya.
Sayyidina Ali bin Abi
Thalib berkata : “Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya,
nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya.”
Keempat : Sentiasa beristighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang di lakukan.
Istighfar merupakan syiar para nabi dan rasul, tidak ada seorang
Nabipun yang tidak beristighfar dan selalu mengajak umatnya untuk
beristighfar. Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa beristighfar atas dosa yang
telah mereka perbuat sepertimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Araf
ayat 23 maksudnya :” Keduanya berkata “Ya Tuhan kami, kami telah
menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan
memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang
yang merugi”.
Sabda Nabi SAW maksudnya : “Barangsiapa mengucapkan
‘Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa
atubu ilaihi’ akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari
medan peperangan” (Hadis Riwayat Al Hakim)
Kelima : Sentiasa menjaga kehormatan diri dan menutup aurat.
Wanita solehah dalam perjalanan harian kehidupannya penuh dengan
keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sentiasa menjaga kehormatan
diri, menutup aurat, cukup berhati-hati di dalam percakapan, pergaulan
dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.
Nabi SAW bersabda
yang bermaksud ” Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
itu adalah wanita solehah. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah
melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya
dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk
syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Firman Allah SWT maksudnya :”…Dan hendaklah mereka menutupkan kain
tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau
putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau
saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki
mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita
Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan
laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka
memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang
beriman supaya kamu beruntung”. (Surah An.Nur ayat 31)
Keenam : Sentiasa bersifat tawaduk dan membina rasa ukhwah.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala maksudnya : “(Mereka) keras terhadap
orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka…” (Surah al-Fath
ayat 29)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyuruh Nabi-Nya dengan
firman-Nya yang bermaksud : “dan rendahkanlah dirimu terhadap
orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah
Asy-Syu’ara ayat 215)
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu
aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi
maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan
menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Maukah kamu aku
tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?”
Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah kemudian menjelaskan,
“Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang
terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah,
menyambungkan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di
antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya.
Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya,
hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim).
Ketujuh : Mengelakkan fitnah untuk menjaga kesucian diri .
Dari Abu Malih Al- Hudzli : Kaum perempuan kota Himsh atau penduduk
Syam menemui Aisyah. lalu Aisyah berkata ” Kamu adalah kaum perempuan
yang masuk ke kamar mandi. padahal, aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda maksudnya : “Siapa saja perempuan yang meletakkan pakaiannya
bukan di rumah suaminya, Allah akan membuka aibnya”
( Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Hakim )
Abu Hurairah r.a pun menyebutkan, ketika turun ayat al- Mula’anah (
tentang suami-isteri yang saling melaknat kerana tuduhan perbuatan
serong ) Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : ” Siapapun perempuan yang
menemui suatu kaum yang bukan kerabatnya, ia akan tidak memperoleh
apapun dari Allah SWT dan Dia tidak akan memasukkannya ke syurga “
Dari Aisyah ra berkata : “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki
beberapa kelebihan. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak pernah melihat
wanita lain yang lebih baik daripada wanita kaum Anshar dalam hal
keimanannya terhadap kitabullah dan apa-apa yang diturunkan-Nya. Ketika
turun surat An-Nur, pada potongan ayat (yang artinya) : Dan hendaknya
mereka memakai tudung sampai menutupi dada mereka. Maka saat itu pula
para suami membacakan kepada anak-anak perempuan, saudara-saudara
perempuan dan kerabat-kerabatnya setelah dibacakan, maka tidak ada satu
wanita pun kecuali mereka memakai tudung (jilbab) lalu mereka
melipatkannya di atas kepala mereka. Hal itu dilakukan kerana
kepercayaan dan keimanan mereka terhadap apa yang telah diturunkan Allah
dalam kitab-Nya. Kemudian tatkala mereka berada di belakang Nabi
Shallallahu Alaihi Wasallam , mereka terlihat sudah mengenakan jilbab.
Seolah-olah di atas kepala mereka ada seekor burung ghirban.”
Hadis
di atas menunjukkan contoh perempuan yang tidak menjaga diri daripada
perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah yang akan menjerumuskan
pada fitnah yang lebih besar. Semoga semua para wanita senantiasa
menjaga kesucian diri mereka dan elakkanlah segala bentuk fitnah yang
mungkin boleh berlaku tanpa disedarinya.
Fitnah dizaman morden ini
adalah berhati-hati di dalam perhubungan dengan lelaki yang bukan mahram
di alam maya samaada melalui facebook atau blog atau hubungan telifon
bimbit dan mengelakkan meletakkan gambar-gambar peribadi yang mungkin
boleh disalah gunakan oleh mereka yang telah rosak akhlaknya.
Kelapan : Sentiasa berwuduk nescaya akan bercahaya wajahnya di hari akhirat.
Nabi SAW. bersabda maksudnya : “Umatku akan tampil pada hari kiamat
dengan wajah bersinar tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas
wuduk.”
Kesembilan : Sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat
Nabi SAW bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)
Wanita solehah mengharapkan balasan syurga daripada Allah SWT sebagai
ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendakinya. Maka wanita solehah
akan sentiasa belajar dan menuntut ilmu yang bermanfaat samaada ilmu
fardu ain atau fardu kifayah, kerana sesiapa yang menutut ilmu akan
dinaungi dan didampingi oleh para malaikat dan mendapat rahmat daripada
Allah SWT. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis riwayat
Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah, Nabi SAW bersabda maksudnya, “Belajar
satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus
rakaat”.
Semoga bermanfaat kepada semua muslimah di luar sana .
Ayuh! kita berusaha menjadi yang terbaik. Semoga ALLAH swt sentiasa
memberikan hidayahNya kepada kita.