Assalamualaikum wbt,, tussbeh ala khair kepada sahabat semua..
Tak solat, tapi kaya dan cemerlang dalam kerjaya?
Jawapan:
Jangan tertipu dengan semua itu. Kekayaan yang dimiliki dan kecemerlangan yang dicapai dalam kerjaya oleh orang yang meninggalkan ibadah solat itu adalah salah satu bentuk istidraj yang diberikan oleh Allah agar mereka semakin jauh daripada-Nya (kerana merasa cukup dengan usaha sendiri tanpa perlu kepada Allah).
Ini samalah dengan Firaun yang telah diuji oleh Allah dengan nikmat kekayaan dan kekuasaan sehingga dia tenggelam dengan nikmat itu dan lupa lagi takbur kepada Allah. Sehingga akhirnya dia mati dalam kekufuran dan kehinaan.
Nikmat itu telah menipu mereka sehinggalah apabila mereka meninggal dunia, mereka mati di atas kemurkaan Allah. Mereka berjaya di dunia yang sementara, namun gagal di akhirat yang kekal abadi kelak.
No comments:
Post a Comment