Assalamualaikum wbt,, masaa alkhair semua sahabat yang di rahmati Allah SWT..
bersyukur kerana di beri peluang kita hari ini hidup menghirup oksigen dan dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna..
kalau kita lihat dan fikirkan sejenak, kalau la di malaysia di tukarkan keadaan semacam di syiria macam mana la kita sekarang.. Kita di malaysia ni hanya fikir berseronok dan bergelak ketawa je, terlintas kah di fikiran kita bila kita nak berbuka puasa fikir sekejap masa kita nak makan pernah tak terfikir macam mana keadaan saudara seagama kita di syiria tu, mereka berbuka puasa macam mana, makanan mereka macam mana bandingkan kita sekarang ni.. walaupun kita tak dapat bersama-sama berjuang dan berjihad di jalan Allah SWT tapi kita masih ada Doa untuk mereka, Doa lah menjadi tali perhubungan kita bersama-sama mereka.
Walaupun kita tak kenal siapa meraka atau bukan ahli keluarga kita pun tapi mereka saudara kita seagama islam kita, itu la keluarga seislam kita yang sedang berjihad mendapat syurga Allah SWT..
Ana sedih satu je, bila ana tengok tentera-tentera berjihad di syiria mereka masih tetap dan teruskan ibadah wajib mereka walaupun mereka berada dalam peperangan tapi kita di malaysia walaupun tak berperang masih tetap meninggalkan bende yang wajib, dan masjid semakin kurang pengungjung.. Di mana letaknya Islam manusia, di nama sahaja ke..?? muhasabah diri, tnya hati kita.. wallahualam
sekadar berkongsi pendapat, di mana ustaz2 atau yang lebih berilmu kalau ada kekurangan sila perbetulkan..
semoga Allah memberikan keberkatan dan keredhaan dalam bulan Ramadhan ini, semoga kita di terima ibadah kita..Aamiin Ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment