AKU MERUPAKAN SEORANG WANITA YANG BANYAK KELEMAHAN DAN KEKHILAFAN DAN SEDANG BERUSAHA UNTUK KEMBALI KEJALANNYA..IN SHAA ALLAH..

Saturday, April 5, 2014

Disebalik Movie Ayat2 Cinta..

Assalamualaikum..

Telah lama meninggalkan Blog ni kerana tiada apa nak tulis.Tapi hari ni ada sedikit perkongsian pengalaman hidup yang ingin dikongsikan..

Setelah sekian lama aku mencari Movie Ayat2 Cinta alhamdulillah hari ni aku berpeluang menontonnya hingga akhir Movie.
Rupa2nya ada hikmah disebalik hati aku ini yang begitu nak sangat menonton movie ni.Banyak pelajaran yang aku dapat..

Disaat Fahri bertemu dgn Aishah dihatinya mungkin telah terpaut dgn Aishah namun dia tidak menunjukkan itu semua dgn perbuatan.Jodoh pertemuan ditangan Allah tanpa disangka calon yang dikenalkan oleh Guru Agama Fahri adalah Aishah.Hanya berlandaskan Taaruf sesama keluarga akhirnya mereka disatukan.

               "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: " Kami beriman",dan mereka tidak diuji?

Surah al-'Ankabut Ayat 2

               "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga,padahal belum datang kepadamu(cubaan) sebagaimana halnya org terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dgn bermacam-mcam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan org yang beriman bersamanya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Surah al-Baqarah Ayat 214

Fahri diuji dengan lemparan Fitnah oleh seorang perempuan yang bernama Noura.Dan dia dipenjarakan.Aishah diuji dgn kesetiaan dia terhadap suaminya.Aku belajar pengorbanan Aishah sebagai isteri disaat dia menyuruh Fahri bernikah dgn Maria.. Aku belajar ketabahan Aishah kekuatan Aishah menahan perasaan cemburunya melihat kemesraan Fahri bersama Maria.Kerana suami tercinta Aishah mengorbankan segalanya..

Allah Maha Adil DIA pasti akan membantu hambaNYA yang berada dalam kesusahan.Allah sentiasa berada dipihak yang benar..Fahri dibebaskan dgn bukti yang Maria berikan.

Aku terfikir mampukah aku menjadi seorang isteri sekuat dan setabah Aishah?Bernikah dgn lelaki yang beragama begitu banyak dugaan.Disaat seorang suami ingin berdakwah disitu isteri diuji dengan kepercayaan terhadap suami.Isteri diuji dgn perasaan cemburu dgn wanita2 lain.Wanita mana yang tak terpikat dgn lelaki yang beragama?

Kuatkah aku untuk menjadi seorang isteri solehah buat suami aku kelak?Kerana itu aku diuji sekarang ni untuk persediaan aku di masa hadapan.

Dengan meletakkan Allah no 1 dalam hidup segalanya mudah untuk kita.



No comments:

Post a Comment