AKU MERUPAKAN SEORANG WANITA YANG BANYAK KELEMAHAN DAN KEKHILAFAN DAN SEDANG BERUSAHA UNTUK KEMBALI KEJALANNYA..IN SHAA ALLAH..

Saturday, May 3, 2014

Cerita Waktu Bosan..Hehehe...

Assalamualaikum...

Boring2..Buat Creter Sndri Larh..Hehe..

Dulu Aku Mngenali Dier Seorang Remaja Yg Hanya Mahu Keseronokkan..
Dulu Aku Mngenali Dier Yg Berpakaian Yg Aku Memang Tak Suka Tengok..
Tapi Aku Masih Tetap Bersamanya Dan Menegur Dier..
Dulu Aku Mengenali Dier Yang Sangat Sayang Pada Aku...

TAPI KINI.....

Aku Mengenali Dier Seorang Pemuda,Seorang Bakal Suami...
Aku Mengenali Dier Yang Suka Berpakaian Ikut Sunnah..
Aku Mengenali Dier Yang Sangat Mencintai Pencipta Dan RasulNya..
Lebih Dari Sayang Dier Pada Aku...
Sehingga Dier Meninggalkan Aku Kerana Penciptanya Dan RasulNya...
Aku Tak Cemburu Tapi Aku Bersyukur Dapat Melihat Perubahan Dier..
Pada Mulanya Memng Susah Nak Terima Kehilangan Orang Yang Sentiasa Disisi Aku Susah Dan Senang..
Tapi Kerana Kesabaran Dier Menasihati Aku Dan Bersabar Dengan Aku...
Alhamdulillah Aku Redha...
Melepaskan Dier Pada Penciptanya...
Namun Aku Tetap Berharap Penciptanya Akan Meminjam Kan Dier Sekali Lagi Buat Aku...
Menjadi Pndamping Hidup Aku Yang Akan Membimbing Aku Untuk Menjadi Penghuni Syurga...

In shaa Allah..

Tuesday, April 15, 2014

SEJARAH HIDUP AKU..

Assalamualaikum

Ingin Kongsi Sedikit Kisah Hidup..

             Dulu aku sekolah Teknik Taiping waktu aku Form 4 dan Form 5.Aku ambil jurusan Pengurusan Teknologi Pejabat.Aku ada sorang Ustazah yang sangat rapat dengan student.Ustazah tu org Kelantan comei kecik molek jer.Dari Form 4 sampai Form 5 dia ajar kelas aku..Lama2 aku tertarik dengan pemakaian tudung labuh dia dan aku rasa teringin sangat nak pakai.Sampai satu masa aku terbuka hati nk bertudung labuh.Kalau tak silap aku lepas Maulidur Rasul aku bertudung labuh.Aku mintak bantuan Ustazah aku untuk beli kan aku tudung labuh.Akhirnya Ustazah aku setuju dia telah jahitkan aku satu tudung labuh warna putih untuk aku pakai di sekolah.Best sangat pakai..Hurm..

             Aku jugak pemain bola baling sekolah tak der lar teror sangat pun tapi suka main.Juru latih aku suami kepada Ustazah aku tadi.Pernah satu hari jurulatih aku tanya knapa aku tak bertudung labuh wktu berlatih.Then aku cakap boleh jer kalau nak pakai.Dia cabar aku untuk turun ke padang bertudung labuh pada keesokan harinya..Cabaran dia aku sahut dan aku turun bermain bersama tudung labuh aku sehingga juru latih aku belanja aku makan sebab aku berjaya sahut cabaran dia.

             Setelah aku habis belajar di Teknik aku kerja di The Store Kamunting.Tempat kerja aku tu uniform dia T-shirt lengan pendek dan seluar slack yg di tight in kat dalam..Hurm sejak tu aku terfikir takkan larh kat tempat kja aku berpakaian tak mnutup aurat dan kat luar aku nak bertudung labuh.Lama2 aku berubah aku bukan yang bertudung labuh lagi.Sewaktu bekerja aku ambil lesen Motor dengan sorang kawan aku.Aku sentiasa pergi ke tempat latihan motor tu sebab nak cukup kan Hours belajar motor.Sampai satu masa aku dapat mesej dari seseorang yang dah lama sangat tak contact ngn aku.Kiterorg lost cntct sebab aku masuk Teknik Taiping..Orang tu pernah minat aku dulu tapi waktu tu aku tak terbuka hati lagi utk terima lelaki plus aku pun cam tak caya laki dah sebab sejarah lama kena tipu dengan Playboy..heheh.

             Sejak kami berhubung tu kami sentiasa keluar bersama macam kaple tapi tak declare as a kaple tba2 rapat dan terus rapat mcam tu.Kaple larh tu kan..heheh.Kami keluar makan sekali berjoging sekali.Seumur hidup aku ni larh kali pertama aku diizinkan ibu keluar dengan lelaki tanpa pengetahuan ayah.Aku berkaple ngn dia sampai larh aku masuk belajar Kolej as a Nurse.Ntah kenapa satu hary sewaktu aku keluar dgn dia aku nak beli baju Muslimah.Pada mulanya dia nak bayarkan tapi aku cakap tak payah.Tak lama selepas keluar dgn dia tu aku rasa aku nak berubah dan aku mintak putus dari dia.Pada mulanya memang dia tak nak lepaskan aku tapi ada satu kisah terjadi yang membuatkan aku boleh terlepas dari dia.Kata dia,dia dah rasa lain saat dia lihat aku pilih untuk beli baju muslimah.Hati aku rasa aku nak berubah menjadi yang dulu dan aku niatkan dihati aku untuk BERCINTA SELEPAS NIKAH.

             Beberapa lama selepas aku belajar di kolej tiba-tiba aku terlihat Fb kawan ibu aku yang suami dia kawan ayah aku dan cikgu disekolah aku.Aku terlihat isterinya bepurdah tiba2 hati aku tertarik untuk berpurdah.Ada satu masa tu kolej aku buat Parti Bertopeng yang datang mesti kena tutup muka.Dan aku terfikir untuk berpurdah malam tu.Sejak dari tu terus aku berpurdah.Aku kembali pulang ke Taiping dengan berpurdah terkejut jugak ibu aku.Tapi diorang OK jer.Lepas jer ambik aku terus diorang bawak aku pergi kedai makan.Agak kekok dan susah jugak aku rasa kali pertama makan dengan purdah sampai comot purdah aku sebab aku makan makanan berkuah.

             Lama-lama aku belajar cara makan berpurdah dari kawan ibu aku tu dan dari Fb jugak.Cara makan dia macam mana.Lama2 aku dah biasa..Hati aku saat tu rasa tenang sangat bersama CINTA ALLAH.Aku happy sangat bersama keluarga, sahabat dan kakak angkat kesayangan aku..aku dah tak perlu lelaki yg tak halal dalam hidup aku.Bila berchating pun ramai yang nak tackle tapi aku tetap dgn Prinsip CINTA SELEPAS BERNIKAH aku.Disaat aku bahagia bersama CINTA ALLAH..DIA uji aku dengan kehadiran seorang lelaki yg datang tba2 komen gambar berpurdah aku bersama ibu.Bila dia kata dia kenal gambar aku yang berpurdah tu buat aku tertnya2 macam mana dia boleh tahu?Sehingga larh aku chat dia dan tanya.Aku tak sedar itu datangnya ujian buat aku.Aku berchting dgn dia bertukar no telefon dan menjadi sahabat.Pada mulanya aku memang tak da hati lngsung untuk melayan perasaan suka dia kat aku tapi kata2 kawan aku dan kawan lelaki tu meyakinkan aku untuk beri peluang pada dia.Ya Allah aku tak sedar ujian telah datang pada aku.

              Kami berkawan dan menjadi Teman Tapi Mesra.Semakin lama aku semakin rapat dengan dia.Sehingga larh aku belajar menghargai perasaan dia pada aku.Cara dia layan aku membuat kan aku lalai dan terjatuh dalam nafsu aku sendiri.Kebahagiaan yg dia bagi pada aku membuatkan aku terleka dan hilang dgn prinsip aku yang selma ni aku pertahankan dgn lelaki2 yang cuba mengayat aku di FB.Kami satu kolej jadi kami sentiasa bersama.Sungguh aku lalai dengan kebahagiaan dan layanan baik dia terhadap aku.Kesetiaan dia membuatkan aku tertarik dengan dia.Hadiah2 yang dia berikan pada aku.Sungguh dia lelaki pertama yang melayan aku sebaik itu yang sangup berkorban apa sahaja untuk aku.Yang sentiasa bersabar dengan sikap dan perangai aku.Sejujurnya aku bersama dia hanyalah untuk kekal hingga ke pernikahan.Niat dihati aku aku ingin setia dgn nya hingga ke pernikahan.Dia orang pertama yang berhajatkan aku menjadi isteri dia dan itu buat dia special dimata aku.Dan itu buat aku bersungguh bersamanya.Tapi aku lupa cara aku dan dia tu sama sekali salah disisi agama kami.

              Tidak lama selepas tu tiba masa untuk dia kembali ke kampung dia untuk prktikal dan aku bermusafir ke luar negara untuk tujuan praktikal jugak.Jarak ini telah mengubah aku dan dia.Lama kelamaan petunjuk datang dalam diri dia hidayah hadir dalam hidup dia.Dia telah pilih jalan untuk berubah ke arah Islam yang sebenarnya.Dia meminta aku untuk memahami dia,dia meminta aku untuk kurangkan berhubung dengannya.Hanya Allah yang tahu bagaiman aku nak melakukan itu semua sebab sebelum ni kami sentiasa berhubung sebelum tidur sentiasa bertelefon.Tapi aku cuba aku mnghormati keputusan dia.Dan akhirnya aku dah terbiasa.Kami jarang berhubung kata2 dia jugak dah tak seperti dulu.Post2 fb dia jugak dah banyak pasal Islam.Aku bersyukur dia berubah tapi aku tak dapat trima dia nk hilang kan hati dan perasaan dia pada aku.Sangat susah untuk aku mnerima keputusan dia.

              Hurmmm...lama kelamaan aku dapat menerima dan mnghormati keputusan dia.Berbekalkan nasihat Mama dia aku sabar aku beri ruang pada dia untuk berubah.Tapi sampai satu masa aku ingin tahu apa niat dia dan angapan dia pada aku bersama aku.Aku meminta petunjuk dari Allah bagaimana untuk aku tahu hati dan perasaan dia pada aku..dan petunjuk yang aku dapat adalh dgn mnggunakan org tengah iaitu Cousin rapat aku yang tahu Kisah Aku Dan dia..Pada 4.4.2014 aku dapat jawapan yang sangat mngecewakan aku melalui Cousin aku tapi alhamdulillah Allah beri aku kekuatan ketabahan dan kesabaran mnghadapi dan mnerima keputusan dia dengan Redha.Sungguh aku bersyukur Allah sentiasa bersama aku,aku bersyukur Allah mnjadikan aku WANITA yang kuat yang tak mudah menangis mcam dulu..Bila orang dah tak sudi kenapa perlu terhegeh kan.Berbekalkan nasihat sepupu aku,aku bangun dan kuat.Klau dia boleh angap aku KAWAN aku juga akan mnganggap dia KAWAN seperti yg dia nak.

              Berbekalkan nasihat Cousin aku... aku dah tak cntct Mama dia dan aku cuba kawal diri aku juga untuk tak cntct dia.Biar dia dgn hidup dia aku dgn hidup aku.Kematangan Cousin aku banyak membantu aku mengawal hati dan perasaan aku dari menjadi Wanita yang lemah dengan lelaki.Sampai sekarang 15.4.2014 aku tak berhubung lansung dgn Mama dia kerana aku ingin menjaga hati aku.Aku tahu sekiranya aku kol Mama dia Mama dia akan sentiasa sokong aku bersama anak dia..aku takut hati aku berbelah bagi disebelah pihak anaknya mnganggap aku KAWAN BIASA dan disebelah pihak Mama dia sentiasa suruh aku bersabar dengan anaknya dan sentiasa beri aku Tip2 untuk menjaga hati dan perasaan anaknya.Kadang2 aku teryakin dgn kata2 Mama dia ia lah kan Mak Kandung mesti kenal anak dia mcam mana kan?Sungguh dihati aku juga yakin anaknya masih sayang pada aku tapi sayang dia lebih pada Agamanya.

              Walaupun aku kecewa dengan keputusan yng telah dia ambil aku Redha.. dalam masa yang sama dihati aku terniat untuk terus dan tetap menantinya aku tak nak buka hati aku untuk org lain.Biar larh Allah yang mnentukan Kisah Hidup Aku dan dia..Jauh disudut hati aku,aku sangat yakin dia adalah jodoh aku tapi aku perlu bersabar untuk bersama dengannya.Aku angap semua yang berlaku ini adalah UJIAN buat aku sebelum aku mendapat kebahagiaan bersama dia.Aku tahu Allah ingin menjaga aku dan dia.Sungguh aku bersyukur mengenali dia yang banyak bersabar dalam membimbing aku kembali ke jalan Allah.Alhamdulillah akhirnya aku berjaya mndapatkan hati aku yang dulu yang tidak pandang PERCINTAAN SEBELUM PERNIKAHAN...Aku sedang cuba jadi yang terbaik pada pandangan Allah aku sedng cuba kembalikan hati aku yang dulu..

             Untuk aku menjadi kuat dan tabah aku cuba berfikiran Positif dan aku alihkan fikiran aku dari terus berfikir tentang dia.Aku berfikir TUJUAN DAN MATLAMAT hidup aku selepas habis belajar.Aku nak jadi WANITA YANG SOLEHAH untuk ibu dan ayah aku.Aku nak jadi yang terbaik pada Pandangan Allah.Sungguh aku bersyukur sangat2 walaupun aku ni hambaNYA yang berdosa DIA masih beri aku jalan untuk kembali kejalanNYA yang benar.DIA Maha Mengasihani DIA Maha Penyayang..Alhamdulillah Sungguh aku bahagia menjadi HambaNYA..

              Percayalah walau bertimbun dosa kita kasih sayang Allah tu melebihi segalanya.Aku insan yang lemah tapi kerana Allah aku kuat kerana Allah aku berusaha menjadi yang terbaik buat DIA.Ia...hanya untuk DIA Pencipta yang sentiasa mengampunkan dosa hambaNYA.Meskipun hambaNYA ini telah melanggar laranganNYA tapi DIA sentiasa berusaha menyedarkan aku akan DOSA2 aku yang terlarang olehNYA.

             Biar larh kesilapan itu menjadi pengajaran buat aku.Aku insan yang lemah aku perlukan Allah untuk menguatkan iman aku supaya aku tidak terpesong lagi dijalan yang salah.Aku bersyukur mengenali dia yang kehadirannya mengubah hidup aku ke arah kejahilan tetapi meninggalkan aku kembali dalam kebaikan menjadi aku yang dulu.Bagaimana dia ambil aku dulu begitu larh dia mngembalikan aku..

            Aku tahu setiap yang berlaku dalam hidup aku adalah UJIAN daripada DIA buat aku.Akan aku bersabar dgn ujianNYA in shaa Allah aku berharap satu hary nanty dia yang pernah aku niatkan menjadi suami ku kembali kepada aku dalam jalan yang diRedhai Allah in shaa Allah...Seandainya permintaan ku tidak sebaik perancangan MU aku akan bersabar aku akan cuba berlapang dada dgn Takdir Allah buat aku.In shaa Allah..

Aku Sayang Allah..
Inni AkhaFullah..Aku Takut Kepada Allah..

            Kini aku akan berusaha menjadi yang terbaik buat Penciptaku Ibu dan Ayah ku dan juga Kakak Kesayangan ku....Biar larh tumpuan aku kali ni hanya dengan Peperiksaan Lembaga Jururawat ku dan juga Kerjaya ku.Pernikahan tu???Biar larh Allah yang menentukannya.Akan aku bersabar menantinya akan aku ikhlas dengan pemergiaannya andai dia bukan yang terbaik buat ku..


Andai takdir tidak menyebelahi aku dan dia..Aku Redha dengan Perancangan dan Takdir Allah Buat Ku...

in shaa Allah..


Moral Of The Story:

Kuatkan Larh Iman diHati
Jangan Terpedaya Dengan Cinta Yang Tidak Halal
Kerana Keseronokan Bersama Yang Tidak Halal Hnya Sementara...
Bila Kita Diberi Peluang Oleh Allah Berubah di JalanNYA,Usaha Larh Sebaik Mungkin Untuk Terus Istikhomah Dengan Perubahan Tu Kerana Sekali Kita Berpaling Dari JalanNYA..Sungguh ia Susah Untuk Mengembalikan Hati Kita Kejalan DIA...

Saturday, April 5, 2014

Disebalik Movie Ayat2 Cinta..

Assalamualaikum..

Telah lama meninggalkan Blog ni kerana tiada apa nak tulis.Tapi hari ni ada sedikit perkongsian pengalaman hidup yang ingin dikongsikan..

Setelah sekian lama aku mencari Movie Ayat2 Cinta alhamdulillah hari ni aku berpeluang menontonnya hingga akhir Movie.
Rupa2nya ada hikmah disebalik hati aku ini yang begitu nak sangat menonton movie ni.Banyak pelajaran yang aku dapat..

Disaat Fahri bertemu dgn Aishah dihatinya mungkin telah terpaut dgn Aishah namun dia tidak menunjukkan itu semua dgn perbuatan.Jodoh pertemuan ditangan Allah tanpa disangka calon yang dikenalkan oleh Guru Agama Fahri adalah Aishah.Hanya berlandaskan Taaruf sesama keluarga akhirnya mereka disatukan.

               "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: " Kami beriman",dan mereka tidak diuji?

Surah al-'Ankabut Ayat 2

               "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk Syurga,padahal belum datang kepadamu(cubaan) sebagaimana halnya org terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dgn bermacam-mcam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan org yang beriman bersamanya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Surah al-Baqarah Ayat 214

Fahri diuji dengan lemparan Fitnah oleh seorang perempuan yang bernama Noura.Dan dia dipenjarakan.Aishah diuji dgn kesetiaan dia terhadap suaminya.Aku belajar pengorbanan Aishah sebagai isteri disaat dia menyuruh Fahri bernikah dgn Maria.. Aku belajar ketabahan Aishah kekuatan Aishah menahan perasaan cemburunya melihat kemesraan Fahri bersama Maria.Kerana suami tercinta Aishah mengorbankan segalanya..

Allah Maha Adil DIA pasti akan membantu hambaNYA yang berada dalam kesusahan.Allah sentiasa berada dipihak yang benar..Fahri dibebaskan dgn bukti yang Maria berikan.

Aku terfikir mampukah aku menjadi seorang isteri sekuat dan setabah Aishah?Bernikah dgn lelaki yang beragama begitu banyak dugaan.Disaat seorang suami ingin berdakwah disitu isteri diuji dengan kepercayaan terhadap suami.Isteri diuji dgn perasaan cemburu dgn wanita2 lain.Wanita mana yang tak terpikat dgn lelaki yang beragama?

Kuatkah aku untuk menjadi seorang isteri solehah buat suami aku kelak?Kerana itu aku diuji sekarang ni untuk persediaan aku di masa hadapan.

Dengan meletakkan Allah no 1 dalam hidup segalanya mudah untuk kita.



Friday, March 7, 2014

Kisah KAMI...

Dia hadir tanpa aku duga tanpa aku minta
Dari tiada perasaan aku belajar menghargai usaha yang dia lakukan untuk dapat aku
Dari menghargai aku berjaya mewujudkan perasaan buat dia,perasaan ingin kekal hingga ke perkahwinan
Dia datang memberi aku rasa sedikit kebahagiaan dari dia
Sangat bahagia walaupun air mata sentiasa mengalir kerana aku memang mudah menangis
Dia tunaikan impian aku yang dah lama aku impikan
Dia bagi kesetiaan yang tak terduga buat aku
Dia menjadi peneman hidup aku
Bersamanya membuat kan aku sentiasa HAPPY
Dia sentiasa membantu aku disaat aku keseorangan
Disaat aku susah dia setia disisi membantu aku dengan upaya dia meskipun dia juga susah 
Namun kini kami sedar kami hanyut dengan DUNIA
Kini HIDAYAH telah sampai padanya dan telah membuka pintu hatinya untuk mengorbankan hati dan perasaan dia demi Allah dan Rasulullah SAW
Aku juga berjaya mengorbankan hati dan perasaan aku padanya, harapan yang tinggi padanya
Dia sabar dalam memahamkan aku tentang tindakan yang dia terpaksa ambil
Sungguh dia seorang yang sangat sabar melayan kerenah aku
Selama aku kenal laki aku rasa dia yang paling sabar bagi aku
Laki mana yang dapat bersabar dengan pempuan yang tiap2 hary cari salah pasangan dia cari gaduh dengan pasangannya
Perempuan tu betul k salah k dia nak jugak betul
Laki tu salah k betul k laki tu tetap salah dan akhirnya laki tu mengalah demi hubungan yang dia sayang




Tuesday, January 28, 2014

Motivasi Dari Ustazah Fatimah Syarha

Assalamualaikum...

Lama sudah tak menjenguk blog
Sebab tak tahu nak menulis apa
Kali ni sy berkongsi video ceramah Ustazah Fatimah Syarha 
Cinta Alat dan Cinta Matlamat..




Monday, January 6, 2014

Hidup Kami 5 Sekawan...

Assalamualaikum


Pertemuan kami di Sm Teknik Taiping
Sungguh tak sangka kami dipertemukan
Dan menjadi sahabat baik
Dalam persahabatan pasti ada perselisihan faham
Tapi alhamdulillah kami masih bersama sampai sekarang
Walau tk berjumpa namun tetap dihati


Biler dah ramai pasti ada macam2 perangai
Sorang mcam ni sorang mcm tu tapi kami tetap SATU
Terutamanya kesusahan mnyelesaikan masalah
Perlukan pandangan semua org
Antara kami ada seorang yang kami sellau meluahkan 
dan mntak pendapt
Alhamdulillah pendapatnya positif
Bahkan utk memilih kakak angkat juga masih memintak 
pendapat dia
Orang itu adalah Sharifah Najwa


Di asrama waktu cuti kami habiskan masa menonton 

Hindustan di Bilik TV
Ada 2 org penggemar Hindustan
Tapi biler bosan kami tengok sekali juga dan budak2 
yang lain
Tapi yang 2 org peminat setia Hindustan tu jarang 
sekali nk tgok diorang miss
Hurm itulah dia Nooramira dan Aizan Amirah



Ini kisah seorang lagi teman kami
Dia seorang yang rajin
Jarang sekali nk tgok dia buang masa
Kami yang lain nk exam baru stay up
Dia besok nak exam dah tidur awal bagus dia tu
Heheheheh...
Dia seorng yang senyap
Tapi bila bercakap habis...hehehe
Dia adalah Ayuni Yasmin
Hurm...


Sorang lagi sahabat kami ni..

Ha perangai dia pelik sikit
Mudah toucing..
Hahahah
Dia ni kalau nk buat sesuatu benada yang perlu berfikir
Pasti akan tanya pendapat kwn2 dia tu larh
Ada satu masalah tu sampai dia  tonggang terbalik 
mintak pendapat si kawan atas tu
Hahahah...
Ada sikit malas
Hehehehe.. 
Dia adalah aku sendiri Natasha Aliah
Korang ingat tak malam aku tk dpt ikut pi pasar malam?
Hahahaha..
So funny..


Itulah kami 5 sahabat

NORNASHAMIRAYUNI nama kami
Walau jauh dimata namun tetap dihati
Walau jauh dimata tetap disisi
Syukur alhamdulillah dipertemukan sahabt seperti mreka
Yang sentiasa saling sokong mnyokong jatuh bangun 
diantara satu sama lain
Kalau jatuh bangunkan
Kalau berjaya tumpang gembira
Kalau sedih nasihatkan
Kalau bahagia juga tumpang bergembira










Wanita Syurga Bidadari Dunia...

Assalamualaikum





Hadiah daripada seseorang yang sangat menyayangi aku katanya
"untuk Awak..dgr dan hayati baik2"...
Sungguh dia sangat menyayngi aku tapi dia lebih sygkan Allah dan RasulNYA..
Alhamdulillah..